Sunday 7 October 2007

Lama Menghilang......

Assalamualaikum......

Setelah sekian lama menghilang dan tak menjenguk ke blog ni, akhirnya buat kesekian kalinya, aku menulis kembali. Bukan kemana pun, tapi sibuk dengan urusan kerja dan keluarga. Sesekali tu aderlah baca blog Datin Paduka Marina Tun Mahathir dan kengkawan yang lain, dok tengok blog Datin Paduka Marina pun sebab nak tau perkembangan idola aku jer. Sapa lagi kalau bukan Tun M.... Rindu sangat nak dengar ucapan dia yang selama ini menjadi inspirasi aku, akan tetapi sekarang ni menyepi. Aku sentiasa doakan supaya Tun M cepat sembuh dan kembali memberi kata-kata perangsang dan ucapan sebagai inspirasi buat aku.
Urusan kerja aku selama ni banyak jugak berkait rapat dengan senario semasa, tapi tu semua pada aku takde menda sangat sebab dah macam rutin seharian. Sepanjang aku tak menulis blog ni, macam-macam benda yang jadi dalam hidup aku terutama yang membabitkan keluarga aku. Macam masa mak dan ayah aku gi Umrah, bapak sedara aku meninggal dunia. Maybe sebab tu jugak la aku kena sakit urat belikat. Tak tau la betul atau tak tekaan aku tu, lebih kurang 40 hari lepas tu mak sedara aku lak meninggal dunia, kebetulan masa tu mak aku baru jer seminggu balik dari Beijing dengan kengkawan dia. Macam-macam hal lagi yang jadi tapi yang paling latest aku terpaksa jadi Phua Chu Kang sebab nak monitor kerja-kerja renovation umah sebelah yang mak aku baru beli hari tu. Letih, tension, pening, semuanya ada bila semua benda-benda tu aku nak kena handle sorang-sorang tapi yang jadi tukang komen punyalah ramai.....
Bulan puasa ni takdelah banyak sangat aktiviti luar melainkan keluar gi pasar ramadhan, balik berbuka umah mak aku, berbuka kat luar dengan geng-geng Deebers kat Ampang Park sambil meraikan anak-anak yatim. Cuma semalam la setelah sekian lama tak buat hobi aku menjenguk shopping complex sambil memenuhkan tangan dengan beg plastik/beg kertas, best giler bila dah lama tak buat retail therapy ni. Rasa puas semacam, balik umah bukak beg tengok apa yang beli pastu susun apa yang patut.
Seminggu lagi dah nak raya, bertambah sibuk lagi la sebab nak masuk dapur nak kena masak dan prepare apa yang patut. Family aku bila time raya camni mulalah diorang nak suruh aku masak macam-macam, tapi tahun ni rasanya lebih lagi sebab minggu kedua raya mak aku nak buat kenduri doa selamat masuk umah baru dan rumah terbuka. Mau patah pinggang gua!!!!!!!!!!
Apa menu nak masak raya ni? Hmmmm..... Rasanya dah ada dalam kepala otak ni nak masak apa, macam biasa raya mesti ada nasi impit, rendang, kuah kacang, lemang etc.... Yang lain-lain tu bergantung pada permintaan semasa la. Kuih-kuih raya ni family aku kureng sikit nak makan, so kalau ada pun setakat 3 ke 4 jenis je, buat syarat letak atas meja. Jangan takde langsung kang orang kata apa lak. Tahun ni jugak aku import Kek Lapis Sarawak all the way dari Kuching dengan kawan lama aku si Zainal tu. Nasib baik ada lagi diorang amik order, 2 bijik terus aku order sebab untuk umah aku sekali la..... Takkan umah aku takder apa-apa kot, at least leh gak aku belasah sesekali bila rasa teringin nak makan. Aku sendiri pun tak sure lagi samada nak buat open house tak, bila mengenangkan letihnya memasak dan mengemas. Tengoklah nanti kalau ada rezeki lebih, kalau tak sesapa nak datang kalau tak bagitau aku jamu jer kuih raya yang mana ada. habis cerita....
panjang lak seloteh aku kali ni, maybe sebab dah lama tak menulis kot. Insyaallah kalau ada kelapangan aku akan cuba untuk menulis lagi. Akhir kata, majulah sukan untuk negara.... Ehhh.... Silap lak, Selamat Berpuasa yang tinggal tak berapa hari lagi. Adiossssss