Monday, 14 May 2007

Kuala Lumpur dan Jakarta

Derusan ombak bersilih ke pantai,
Disambut alunan nyiur melambai,
Rembulan megah di atas mahligai,
Tersenyum melihat kita berdua,
Angin membawa lagu cinta,
Sejuta bintang bermain mata,
Seakan rela dua insan,
Di dalam senarionya,

Kuala Lumpur dan Jakarta,
Kita jatuh cinta,
Kuala Lumpur dan Jakarta,
Kisah cinta tiga malam,
Kan ku ingat selamanya,
Kuala Lumpur dan Jakarta.......

Esok Selasa 15 Mei 2007 akan berangkatlah aku ke Kota Bung Karno, Jakarta@Batavia@Jayakarta@Sunda Kelapa@Djakarta. Apa lagi kalau bukan sebab kerja, sambil tu gi tempah kad jemputan kahwin Akmal adik aku. Bila sebut pasal kad jemputan kahwin ni, macam dah jadi trend orang Malaysia pergi tempah kad kat sana. Bukan di Malaysia takde orang buat kad tapi bila dibandingkan dengan harga, kualiti, kos pengangkutan, rupa bentuk dan design, di Jakarta lebih menarik. Lagipun majlis kahwin ni bukan orang buat hari-hari, sekali seumur hidup.... Biarlah belanja lebih sikit janji puas hati. Beberapa lepas aku berada di Jakarta, aku akan bertolak ke Bandung pulak, kali ni aku pulak nak shopping!!! Best nyerrrrr...... Apa-apa pun aku akan cerita lebih lanjut lagi bila aku balik ke Malaysia nanti ye.... Buhbyeeeeeeee...

Thursday, 10 May 2007

Dapat Jugak.....

Setelah 2 minggu aku menunggu umpama menunggu durian jatuh, akhir dapat jugak apa yang aku idam-idamkan selama ni. Memang betul seperti kata orang, penantian satu penyeksaan. Sebelum ni tak pernah pulak aku terfikir yang aku akan gunakannya tapi alhamdulillah setelah sekian lama menanti hari ahad lepas apa yang aku harapkan berada juga didalam genggaman aku. Heheheh.... Senyum sampai telinga aku bila dapat pegang, aku pegang apa???? Bukannya aku dapat pegang tangan awek baru tapi aku dapat teman baru yang aku bawak kemana saja waima ke dalam tandas sekali (kalau dah terpaksa le). Rasa cam kena loteri pun ada, mana taknyer nak beli sendiri sure mau habis gaji bulan aku. Tapi semuanya atas rasa kasih sayang dari seorang ibu, mak aku yang hadiahkan kat aku walaupun yang berjanji sebelum ni adalah ayah aku.

N95.... memang aku dah lama sangat teringin telefon ni sebelum keluar di pasaran aku dah aim nak beli telefon ni, tapi bila mak & ayah aku gi Umrah hari tu, aku dah mula terfikir nak bodek diorang supaya belikan aku telefon ni masa diorang kat sana je. Tapi bila mak aku bagitau harga kat sana lebih mahal dari kat Malaysia, aku bagitau dia supaya tak payah beli kat sana dan dia pulak bagitau aku yang dia akan belikan bila balik KL nanti. Oklah tu, lambat sikit pun takpe asalkan dapat. (Saja aku pujuk hati aku masa tu).... Setelah seminggu diorang balik dari Umrah, bayang telefon idaman aku masih tak kelihatan, muslihat apa lak ni.... Aku dah mula jadi tak keruan, so nak sedapkan hati aku pun mula le bertanya ngan mak aku. Tapi jawapan yang aku terima amatlah menyedihkan kerana ayah aku dah macam bagi aku harapan bila dia janji masa kat KLIA hari tu. Alasan yang aku terima ayah aku busy, so dia takde masa nak gi beli. Aku pelik jugak dengan orang tua aku tu, memanjang aje busy.... Hari minggu tu aku pun takdelah gi memana coz dengan harapan mak aku akan ajak aku dan adik-adik aku kuar gi beli telefon tu, yelah dah ayah aku lak hari tu dah kuar lak gi office dia so maybe dia dah bagi mak duit atau tak pun dah suruh mak aje gi belikan. Awal-awal aku dah bangun tido walaupun biasanya hari minggu aku paling susah nak bangun awal, tapi dari pagi sampai petang mak aku buat derk ajer. Bila la orang tua ni nak ajak aku kuar ni (hati kecil aku bertanya) alih-alih sampai tengah hari aku dah macam kucing nak beranak (walaupun kucing-kucing aku memang dah takleh nak beranak), lepas je tengok rancangan Macam-Macam Aznil aku pun dengan rasa antara berani dan segan mula le bertanya pasal telefon tu kat mak aku. Tak pasal-pasal petang tu aku kena sembur dengan mak aku, dia kata aku takleh nak sabar, tunggu ajelah!!!!!!!! Aku pun malas nak cakap banyak coz kang makin melarat lak marah orang tua tu, aku pun dengan lemah longlai naik atas masuk bilik. Bukan aku takleh nak tunggu, tapi selama ni permintaan aku sebagai seorang anak tak pernah sekalipun ayah aku tunaikan. 32 tahun aku hidup tak pernah sekalipun ayah aku belikan apa yang aku mintak, bukan nak mengungkit tapi dah memang kenyataan. Selama ni permintaan aku tak pernah ayah tunaikan, hati anak mana yang tak terasa kerana sedari aku kecik lagi ayah aku tak pernah ambil kisah apa hajat aku. Aku pun dah mula rasa tak sedap hati, jangan-jangan ayah aku akan buat lagi. Jangkaan aku tepat kerana ayah memang tak amik kisah langsung pasal janji dia tu. (Dah macam janji wakil rakyat sebelum pilihanraya je).

Petang tu masa mak aku tengah tido, aku pun dengan langkah lemah longlai keluar dari rumah mak aku, balik umah aku sendiri lagi baik. Dengan perut aku berkeroncong mintak diisi sebab dari tengah hari aku tak sumbat apa-apa langsung perut aku, aku pun drive balik umah aku. Adik-adik aku langsung tak tahu apa yang dah jadi tengah hari tu kecuali Farhan, dia macam biasa le tak nak campur hal-hal remeh ni, katanya. Dia memang le tak faham sebab dia bukan dibesarkan dalam keluarga aku sejak kecil, so dia memang takleh le nak judge ayah aku tu camne. Hari Isnin tu aku jadi takde mood nak buat apa-apa walaupun hari Selasa tu aku patut rasa happy sebab Public Holiday dua hari berturut-turut tapi aku malas nak kuar gi memana. Dok umah layan kucing lagi best, telefon mak aku pun tak, SMS pun tak. Bukan apa, aku malas nak cakap banyak-banyak coz masing-masing tengah layan perasaan hangin satu badan so better dok diam-diam. Tengah hari tu nak tak nak aku terpaksa jugak gi TTDI coz ada lak kawan aku nak amik keta yang dia baru beli kat showroom ayah aku. Pas jer kawan aku tu amik keta, aku gi lepak makan nasi lemak ngan Akmal adik aku. Pastu aku bagitau dia aku nak blah dulu coz aku ada hal lak petang tu. Padahal hari tu public holiday, nak buat apa lagi..... Aku balik umah dengan hati yang sebal je coz masa kat showroom tu, orang tua aku lak datang entah dari mana aku pun tak tau. Diorang lak buat muka sardin, muka cam takde apa-apa yang berlaku. Padahal diorang bukan tak tau aku ni tengah hangin satu badan, gara-gara janji wakil rakyat dia tu.

Hari khamis tu pas balik kerja aku terpaksa temankan adik aku gi Majlis Akad Nikah bakal kakak ipar dia lak kat Kajang, aku pun pergilah amik dia kat showroom coz dah memang itu office dia (maklumlah anak kesayangan ayah dan bakal CEO company tuh). Sekali lagi aku jadi bengang gila coz aku nampak adik aku dah pakai telefon yang aku dok aim tu, bila aku tanya mana dia dapat tapi dia tak bagitau aku, dia senyum je (adik aku dah pakai dulu sebelum aku.... TIDAKKKKKKKKKK!!!!!!). Malam tu pas kenduri aku sekali lagi jadi sebal yang teramat sangat, mana taknya... Orang lain yang mintak orang lain lak yang dapat, aku memang tau perangai adik aku tu memang dia takleh nak kalah dengan aku. Dia je nak menang.... So hari jumaat tu merupakan hari yang paling tension dalam sejarah, Akmal adik aku pun aku malas nak call atau SMS, aku mengadu dengan buah hati aku pasal hal tu, nasib baiklah dia memahami perasaan aku. Petang tu disebabkan tension yang teramat sangat, aku ajak Farhan adik aku kuar gi makan kat Hartamas Square kebetulan pulak esok paginya aku kena hantar dia gi KLIA. Entah apa gila malam tu aku makan dah macam orang bela hantu, habis 12 mangkuk dim sum aku belasah, tak cukup dengan tu Hokkien Mee sepinggan, tambah lak California Rolls 2, Honeydew jus satu gelas besar. Farhan adik aku tercenggang tengok aku makan cam orang kebulur, tapi camtulah aku bila dah tension tahap maksimum. Dia nasihat pun aku wat tak tau je, alih-alih dia lak aku suruh makan cam aku. Terjegil mata dia bila aku cakap camtu kat dia, suddenly masa pas makan tu Akmal adik perempuan aku lak call, free je minah tu kena sembur dengan aku. HAHAHAHAHA!!!!!!! Puas hati aku, tak cukup dengan tu aku lak siap SMS dia bagitau dia hari Ahad tu aku malas nak gi Majlis Kenduri bakal kakak ipar dia. Senyap tak berjawab.....

Hari Sabtu menjelang lagi, lepas aku balik dari KLIA hantar Farhan, aku SMS Akmal bagitau dia yang aku nak datang showroom amik duit komisen jual keta. Aku suruh dia prepare duit tu pastu bagi aje kat aku coz aku kata aku tunggu kat bawah je, malas nak naik coz aku tau orang tua aku sure ada kat atas. Aku gi TTDI pastu bila sampai aje aku pun call dia bagitau aku kat bawah, dia pun dengan muka sardin turun bagi duit tu kat aku...... YESSS!!!!!!!!! Kaya aku sekejap, belum sempat aku nak drive balik mak aku lak telefon aku bagitau nak suruh aku hantar diorang gi Atikah Songket. Aku cuba le bagi alasan kata aku nak cepat tapi mak aku suruh gak hantar dia so nak tak nak aku ni ikutkan ajelah.... Yelah, dah mak aku mintak tolong aku tak sampai hati lak nak kata takleh. Tapi tiba-tiba aku tengok Ayah aku, Mak aku dan adik aku turun sekali, ahhhhh sudahhhhh...... diorang ni nak wat konspirasi apa la pulak ni...... sepanjang jalan ke Atikah Songket tu aku hanya diam membisu tanpa sebarang bunyi. Hangin tetap hangin gak ni.... Sampai je kat sana aku pun mula le buat hal aku, lepak kat luar kedai sambil hisap rokok, release tension sikit. Entah camne tengah aku sedap berkhayal layan perasaan, Akmal adik aku lak panggil, dia kata mak suruh masuk jap. Takkan la diorang nak belikan aku kain songket lak, aku nak handphone bukan songket!!!!!!!! Rupa-rupanya dia suruh aku tengokkan kain songket yang dia tempah untuk bakal menantu dia......... Aku pun malas nak bising aku gi ler tengok pastu aku bagi le komen serba sikit, on the way balik tu diorang ajak aku singgah makan kat kedai Resepi Bonda, (kedai Azhar Sulaiman) tapi aku bagitau dia aku nak cepat coz aku kena gi KLIA lak (nak amik buah hati aku). So pas aku drop diorang kat situ aku terus blah gi KLIA, selamat aku dari nak dok mengadap diorang lagi. Petang tu dalam pukul 6, Akmal call aku lagi, nak apa lagi la pulak ni, aku jawab pun dengan nada yang paling malas. Suddenly dia mintak no I/C aku, email aku, apahallak ni????? Pas aku bagi apa yang patut aku pun letak telefon tanpa fikir apa-apa lagi, layan kucing lagi best..... Malam tu adik aku SMS bagitau mak arahkan aku pergi jugak majlis kenduri kat Dewan Perdana Felda esok....... AARRGGGHHHHH!!!!! Tensionnyaaaaaaaaaa........ nak mengadap muka orang, nak buat senyum plastik!!!!!!!!!! Aku bagitau aku nak gi sendiri aje coz esok tu aku ada kerja, so leh aku balik awal, dia kata pulak mak pesan gi sekali. TIDAAAAKKKKKKK!!!!!!!!!!!!!! So hari ahad petang tu aku siap-siap le apa yang patut pastu balik USJ coz diorang dah tunggu kat sana, aku sampai je aku parking keta mana patut pastu aku masuk umah. Aku tengok sorang pun takde kat ruang tamu kecuali Abby (kucing kesayangan mak aku selain Erra walaupun sebelum ni diorang tu aku ngan Farhan yang punya). Aku lepak jap pastu aku naik bilik aku, coz nak buat apa aku lepak bawah, baik aku layan perasaan dalam bilik aku. Tiba-tiba Akmal ketuk pintu pastu dia hulur paperbag Nokia kat aku, elok je dia tutup pintu bilik aku pun apa lagi menjerit YAHHHHHOOOOOOOOOOOO!!!!!!!!!!! (dalam hati le) N95.... aku tak tunggu lagi dah terus ku bukak bukak kotak dan akhirnyaaaaaaaaaaaaa............ Dapat Jugakkkkkkkkk...............
Seronok sampai takleh nak cakap apa, terus je aku transfer simcard aku masuk telefon baru. transfer lagu apa yang patut masuk telefon baru, dalam kotak tu bila aku tengok bil, rupanya mak aku yang belikan. Bukan ayah aku.... Terima kasih mak, aku terharu sangat sebab selama ni hanya mak aku je yang tunaikan permintaan aku dan mak ajelah yang faham perasaan aku. Malam tu, aku gi kenduri pun takdelah terpaksa buat senyum plastik kat orang. Tapi still control exited lagi. Malam tu balik dari kenduri aku kelam kabut balik umah aku kat Kinrara, sebab esoknya aku kerja lak..... So malam tu aku tido bertemankan N70 dan N95 aku yang baru.............. :)