
Tuesday, 17 April 2007
Akhirnya.....

Tuesday, 10 April 2007
Sakit....
Entah kenapa, dah 4 hari aku tanggung sakit urat belikat ni. Bila pagi je sure sakit rasa cam nak tercabut je tangan, pastu simpan dalam almari. Nak kata tak gi urut dah.... nak kata tak tampal koyok dah.... sapu ngan minyak angin dah naik hangin aku satu badan.... Camnerlah nak buat lagi tak tau le. Bila badan sakit-sakit camnilah rasa cam nak demam pun timbul, Hmmmm..... Banyak betul dugaan aku bulan ni, harap-harap esok oklah sakit ni coz dah tak larat dah nak jalan pun dah macam nenek kebayan, kena bongkok sikit. Nasib baik tak bawak tongkat bengkok, silap haribulan tongkat tu leh jadi penyapu terbang. Heheheh.... Best gak tu kalau leh terbang, leh gak gi jalan-jalan tak payah risau pasal traffic jem. Wehhh... Melalut lak aku ni, nantilah kita sambung citer lagi. Wassalam....
Monday, 9 April 2007
Tertunda.....
Rancangan untuk mak aku gi Mekah tiba-tiba tergendala, ni semua gara-gara orang TH Travel lambat submit untuk buat visa. Tak pasal-pasal je semua program yang aku rancang untuk diorang tertunda. Pening kepala gak memikirkan, hari ni cam biasa ler Monday Blues.... nak wat kerja pun cam nak tak nak jer, tapi apa boleh buat... Selagi belum tutup mata, kerja kerja kerja... Nak menulis pun hari ni cam takde mood je. Nantilah bila ada ilham untuk menulis aku sambung lagi..... Wassalam.
Thursday, 5 April 2007
Hari Pertama

Hari ni hari pertama aku menulis blog ni setelah sekian lama dok tangguh nak buat blog sendiri, nak menulis pun bukanlah pandai sangat. Setakat yang termampu ajelah coz dengan kerja-kerja pejabat yang tak pernahnya nak surut, asyik bertambah jer. Tadi dalam dok sibuk wat kerja, sempat gak bersembang ngan mak aku pasal masalah negara. Sehari tak sembang ngan mak, rasa sunyi lak. Minggu depan mak dah nak terbang ke Mekah menunaikan Umrah buat kesekian kalinya, masa ni mak tu badan je yang kat umah tapi hati dia dah sampai Mekah. Sejak dah bergelar Hajjah ni, hati dia sentiasa merindui lambaian Kaabah. Seronok sangat dia coz hajat dia nak gi Umrah tercapai lagi. Takpelah, dah ada rezeki lebih untuk dia so dari perabis tak tentu better gak le dia gi wat Umrah. Asyik dok citer pasal orang jer... Aku??? Macam biasalah, hari-hari sama jer, cuma kekadang le bila kena travel gi sana sini baru le busy sikit. Kalau tak tu jawabnya jadi rutin ler. Tom, Combi, Comel, Manja dan Belang pun takde benda lain le nak buat. Kalau dah jumpa dengan "Daddy" dia mula le mengiau tak habis-habis mintak dibelai. Seronok gak melayan diorang ni, dari buat sakit hati layan macam-macam karenah orang. Baik layan kucing.... Cuaca hari ni elok le pulak tapi KL ni cam biasa le, hujan tak tentu. Tau-tau petang kang hujan... Mula le nak jadi Pendekar Mustar, Anii!!!!!!!!! Angkat kain jemuran, hujan dah turunnnnnnnn.......... Tadi dah call Money Changer (atas permintaan mak) suruh reserve Saudi Riyal, yang paling best hari ni, aku nyer order Aircraft Model Cathay Pacific dah selamat sampai. Bertambah lagi koleksi Kapal Terbang aku.... Oklah, nak kuar gi mencekik jap, lapo la pulak... Nanti-nanti ajelah sambung lagi, pasni nak citer pasal koleksi kapal terbang lak. Adiosss....
Subscribe to:
Posts (Atom)