Tuesday, 17 April 2007

Akhirnya.....

Akhirnya tercapai juga hajat mak & ayah aku nak gi Umrah setelah 1 minggu terkandas di KL gara-gara masalah visa, semalam tepat jam 11.30 pagi aku dah terpacak kat KLIA menguruskan urusan check-in diorang. Semalam juga adalah Ulangtahun Perkahwinan Mak & Ayah yang ke 32 tahun... Takde apa yang dapat aku bagi untuk mengembirakan diorang sempena hari bersejarah tu, hanya aku dapat "upgrade" diorang ke Business Class untuk flight ke Jeddah ni. Yang paling best untuk mak coz dia dapat duduk seat yang paling depan sekali. Aku bagitau dia seat belakang pilot, dia senyum aje. Pukul 1.04 pagi(waktu Malaysia) telefon aku pun berdering, panggilan dari mak mengatakan diorang dah selamat sampai di King Abdul Aziz International Airport, Jeddah dan tengah tunggu beg keluar. Sekarang ni diorang berada di Madinah Al-Munawwarah, menziarahi Kota Kekasih Allah. Hari ni jugak aku dan adik-adik menjalani hidup seperti biasa. Sunyi gak kalau selalu bila free leh jugak telefon mak, tapi hari ni aku hanya telefon adik-adik aku bertanyakan nak gi makan kat mana malam ni. Mati kutu gak bila tak tau nak makan apa, takkan nak gi kedai yang sama jer boring gak. Anak-anak aku cam biasa le bila nampak aku bukak pintu umah jer mula le berbunyi mintak dibelai... Manja, Tom, Combi, Belang dan Comel sure berebut mintak dibelai. Kekadang tu rimas gak tapi bila mengenangkan diorang sejuk sikit hari aku ni bila balik umah main-main dengan diorang sambil dok mengadu sambil membebel bercerita masalah dengan diorang. Walaupun diorang semua tak boleh bercakap tapi diorang faham dan setia mendengar keluhan aku, diorang semua pandang aku seolah-olah diorang faham jer. Oklah.... Aku nak gi bersihkan toilet diorang dulu, kang dok tangguh-tangguh kerja kang tak siap jugak. Nanti-nanti sambung lagi..... Wassalam.

No comments: