Thursday, 5 April 2007

Hari Pertama

Hari ni hari pertama aku menulis blog ni setelah sekian lama dok tangguh nak buat blog sendiri, nak menulis pun bukanlah pandai sangat. Setakat yang termampu ajelah coz dengan kerja-kerja pejabat yang tak pernahnya nak surut, asyik bertambah jer. Tadi dalam dok sibuk wat kerja, sempat gak bersembang ngan mak aku pasal masalah negara. Sehari tak sembang ngan mak, rasa sunyi lak. Minggu depan mak dah nak terbang ke Mekah menunaikan Umrah buat kesekian kalinya, masa ni mak tu badan je yang kat umah tapi hati dia dah sampai Mekah. Sejak dah bergelar Hajjah ni, hati dia sentiasa merindui lambaian Kaabah. Seronok sangat dia coz hajat dia nak gi Umrah tercapai lagi. Takpelah, dah ada rezeki lebih untuk dia so dari perabis tak tentu better gak le dia gi wat Umrah. Asyik dok citer pasal orang jer... Aku??? Macam biasalah, hari-hari sama jer, cuma kekadang le bila kena travel gi sana sini baru le busy sikit. Kalau tak tu jawabnya jadi rutin ler. Tom, Combi, Comel, Manja dan Belang pun takde benda lain le nak buat. Kalau dah jumpa dengan "Daddy" dia mula le mengiau tak habis-habis mintak dibelai. Seronok gak melayan diorang ni, dari buat sakit hati layan macam-macam karenah orang. Baik layan kucing.... Cuaca hari ni elok le pulak tapi KL ni cam biasa le, hujan tak tentu. Tau-tau petang kang hujan... Mula le nak jadi Pendekar Mustar, Anii!!!!!!!!! Angkat kain jemuran, hujan dah turunnnnnnnn.......... Tadi dah call Money Changer (atas permintaan mak) suruh reserve Saudi Riyal, yang paling best hari ni, aku nyer order Aircraft Model Cathay Pacific dah selamat sampai. Bertambah lagi koleksi Kapal Terbang aku.... Oklah, nak kuar gi mencekik jap, lapo la pulak... Nanti-nanti ajelah sambung lagi, pasni nak citer pasal koleksi kapal terbang lak. Adiosss....

No comments: